BAB 2 Impak Globalisasi - Agama

GLOBALISASI

BAB 2

IMPAK GLOBALISASI

AGAMA

Globalisasi aliran dan dasar ekonomi mempunyai kesan terhadap sistem Sosial agama dan budaya di dalam negara. Ini termasuklah kemasukan budaya Barat yang terdiri daripada makanan segera, perlumbaan Formula 1 menerusi program budaya dan sukan di TV melalui satelit. Akar budaya keagamaan Bumiputera bagi gaya hidup kita akan digantikan oleh elemen-elemen asing apabila kita mengizinkan diri kita sendiri didedahkan pada maklumat dan pengaruh asing tersebut. Kita mungkin boleh menerima gaya pakaian moden dengan syarat tidak melanggar batas syariah iaitu menutup aurat.

Apa yang lebih mengancam ialah kemasukan nilai bukan Islam ke dalam masyarakat kita terutama di kalangan pera belia dan kanak-kanak- kehidupan bebas antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram seperti kebebasan menzahirkan perasaan seperti berpelukkan dan berkucupan di tempat awam cara hidup yang sangat kebendaan dan individualistik. Nilai yang disebarkan adalah kehidupan bagi yang paling layak, kesombongan hingga kepada tingkahlaku lucah apabila cuba mengatasi orang lain, menerima pakaicara hidup berseronok bagi kehidupan seperti hiburan dan sukan. Kita tiada hak menghalang apa jua yang ingin dilakukan oleh orang lain. Nilai dan amalan ini sangat bertentangan dengan cara hidup Islam dan kita terima secara tradisi. Islam mematuhi batasan tingkahlaku sosial antara jantina. Islam mengajurkan ketertiban dalam tingkahlaku. Jika kita mempunyai tanggungjawab dari segala hak untuk menyediakan cara hidup alternatif terutama bagi mereka yang mengamalkan tingkahlaku yang tidak diingini kerana kejahilan.

Persekitaran budaya adalah faktor penting dalam kehidupan sesiapa sahaja khususnya apabila individu itu masih di peringkat pembentukan pandangan dunia dan set nilainya sendiri. Bagaimana alam persekitaran terbina akan mempengaruhi secara tidak langsung kegiatan kita. Sebagai contoh, jika kita mematuhi secara rutin waktu solat kita dan pembacaan al-Quran pada waktu subuh, ataupun Maghrib, memastikan program hiburan ditutup semasa azan dan pada waktu solat, anak-anak kita akan segera dibentuk untuk mengembangkan tabiat yang sama. Inilah proses penyebaran norma budaya kepada anak kecil kita. Sebaik sahaja tabiat sedemikian diwujudkan di rumah, ia menjadi adat bagi mereka untuk melakukan perkara yang sama apabila mereka hidup sendiri. Pada masa yang sama juga, menjadi amalan baik untuk memaklumkan pada anak kita kemungkinan mereka menemui orang yang tidak mengamalkan norma demikian agar mereka tidak akan terkejut apabila mereka melihat amalan yang berbeza-beza oleh orang yang datangna dari bangsa dan agama yang sama.

Beralih keluar dari rumah, pada masa ini kita dapat melihat hakisan persekitaran Islam di tempat awam seperti digedung membeli belah. Tidak ada apa yang mengejutkan jika kita berada di kawasan awam bukan Islam, tetapi menjadi agak membingungkan sekiranya ia kebanyakkannya dalam kawasan awam orang Islam. Sebagai contoh, kita dapati bahawa apabila azan berkumandang dan sudah masuk waktu solat, pemilik kedai makan membenarkan ditayangkan rancangan hiburan TV sekuat-kuatnya. Kurangnya kepekaan mereka kepada hal-hal demikian adalah suatu tanda tidak hormat terhadap agama mereka sendiri. Daripada memperkukuhkan kepatuhan mereka terhadap tradisi Islam, kedai makan dan pemilik kedai ini mempengaruhi pengunjung supaya meninggalkan kesedaran dan penghormatan mereka kepada agama mereka. Lama-kelamaan agama tidak lagi mempunyai kaitan ke atas cara mereka mengendalikan kehidupan mereka. Hari ini orang ramai mengatakan bahawa agama adalah hal peribadi dan oleh itu tidak boleh dicampuri secara umum. Ini bertentangan dengan prinsip bahawa Islam, iaitu suatu cara hidup dan kod bernilai perilaku adalah sebahagian darinya.

Kita harus mempromosikan kepatuhan kepada cara hidup Islam. Kita harus menghormati dan mematuhi waktu solat kita. Pemilik kedai boleh menutupkan bunyi muzik rock yang sangat kuat itu dan memasangkan bacaan ayat suci al-Quran khususnya di kedai yang hampir dengan masjid. Mungkin juga kumpulan wanita boleh bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk melakukannya. Contoh amalan yang mudah ini akan membantu mengingatkan belia kita mengenai waktu solat mereka. Apa yang penting kepatuhan solat akan menghalang orang daripada melakukan perkara mungkar. Oleh itu, inilah cara tidak langsung mengekalkan ciri moral cara hidup Islam. Amatlah bermanfaat sekiranya bengkel untuk kumpulan perniagaan diadakan agar mereka memahami dan menghargai keperluan untuk membantu program pembangunan masyarakat dalam memupuk kesedaran keagamaan di kalangan masyarakat Islam.

Mungkin juga keterlaluan untuk menutup kedai ketika waktu solat tetapi tentu sekali tidak mustahil menutup program hiburan semasa azan. Sebagai ganti, mereka boleh memilih program pembacaan al-Quran atau perbincangan agama. Islam tidak menghalang membuat keuntungan tetapi menerima pakai pendekatan hedonisme untuk menggoda orang mengunjung kedai mereka adalah tindakan yang menjijikan. Tentu sekali pertama mereka mesti mempercayai bahawa pahala yang diberikan oleh Allah kerana membuat orang lain sedar dari segi agama adalah lebih daripada keuntungan yang boleh mereka buat menerusi penyediaan perkhidmatan mereka.


Noor Nikman Salleh
Date: 10 Disember 2009
BAB 2 Impak Globalisasi - Agama BAB 2 Impak Globalisasi - Agama Reviewed by Noru on 11:30 AM Rating: 5

No comments

Author