Bab 4 Kesan Positif Globalisasi - Pendapat Dunia

GLOBALISASI

BAB 4

KESAN POSITIF GLOBALISASI

PENDAPAT DUNIA

Jika dilihat dari perspektif dunia dalam era globilisasi banyak kesan yang baik dan buruk yang bakal diterima oleh negara. Pembuat polisi dan dasar kerajaan seharusnya menstruktur terlebih dahulu sistem dan strategi pendidikan sebelum berhadapan dengan dunia globalisasi. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu kita berikan perhatian tentang kebaikan globalisasi terhadap kaum:

  1. Berdaya saing: Aspek daya saing ini jika berlaku dalam di peringkat antarabangsa boleh menyerlahkan lagi mutu pendidikan dan seterusnya membina satu pertandingan yang sihat.
  2. Wujudnya hubungan sumber pendidikan dan kemudahan penyelidikan di peringkat yang lebih luas. Keadaan ini akan memberi faedah yang besar terhadap program pengajaran dan pembelajaran.
  3. Komunikasi merentasi budaya boleh menyebabkan pelajar lebih bersedia untuk menghadapi pasaran buruh antarabangsa. Hal ini bermakna kemahiran seperti bahasa dan komunikasi yang akan digunakan lebih menjurus ke arah perdagangan atau pemiagaan antarabangsa.
  4. Kesedaran tentang kepentingan pendidikan dalam dunia globalisasi akan menyebabkan pendidik dan pelajar lebih bersedia menghasilkan produk dan perkhidmatan yang bersesuaian dengan kehendak atau permintaan secara global.
  5. Kefahaman nilai antarabangsa akan meningkatkan lagi keupayaan memahami nilai-nilai manusia sejagat dan ini boleh menyebabkan dunia menjadi aman.
  6. Peningkatan bilangan institusi pendidikan swasta yang memanfaatnya.
  7. Penyebaran teknologi maklumat akan berlaku dan ini dilihat berupaya menyediakan peluang-peluang pendidikan sepenuhnya.
  8. Kewujudan sistem pendidikan yang sangat bergantung kepada cita rasa global.



Noor Nikman Salleh
Date: 09 Disember 2009
Bab 4 Kesan Positif Globalisasi - Pendapat Dunia Bab 4 Kesan Positif Globalisasi - Pendapat Dunia Reviewed by Noru on 11:50 AM Rating: 5

No comments

Author