Bab 3 Globalisasi Masyarakat - Peringkat Ekonomi

GLOBALISASI

BAB 3

CABARAN GLOBALISASI MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA

PERINGKAT EKONOMI

Dalam aspek ekonomi pula, globalisasi telah menyebabkan wujudnya jurang perbezaan antara kaum yang amat jelas terlihat. Sebagai contoh, taraf hidup kaum cina di Malaysia lebih tinggi berbanding kaum-kaum yang lain. Ini terjadi disebabkan oleh dasar pecah dan perintah British semasa Malaysia di bawah taklukannya iaitu kaum-kaum di Malaysia diasingkan mengikut kawasan-kawasan yang telah ditetapkan iaitu kaum Melayu di kampung-kampung, kaum Cina di bandar-bandar dan kaum India di ladang-ladang. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada kaum-kaum ini bersatu untuk British. 

Disebabkan hal ini, wujudlah perbezaan pekerjaan antara kaum iaitu kaum Melayu yang kebanyakannya bekerja sebagai petani, kaum Cina sebagai peniaga dan kaum India sebagai buruh kasar di ladang. Walaupun globalisasi sememangnya memberi impak yang amat baik untuk negara dari segi ekonomi, namun kita harus ingat bahawa keadaan ini tidak akan hanya memberi kebaikan kepada satu pihak sahaja kerana pihak lain juga boleh mengambil kesempatan keatasnya.


Noor Nikman Salleh
Date: 10 Disember 2009
Bab 3 Globalisasi Masyarakat - Peringkat Ekonomi Bab 3 Globalisasi Masyarakat - Peringkat Ekonomi Reviewed by Noru on 11:35 AM Rating: 5

No comments

Author