Bab 3 Globalisasi Masyarakat - Peringkat Nilai dan Sosial

GLOBALISASI

BAB 3

CABARAN GLOBALISASI MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA

PERINGKAT NILAI DAN SOSIAL


Globalisasi juga telah mengakibatkan nilai murni masyarakat di Malaysia terhakis. Kita seharusnya menjaga dan mengamalkan nilai-nilai murni kerana nilai-nilai murni inilah yang membolehkan masyarakat majmuk di Malaysia boleh tinggal bersama. Perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan. Keadaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus mengutamakan kaum sendiri dalam memilih sahabat, mendapatkan pekerjaan dan dalam urusan seharian sehingga mewujudkan polarisasi antara etnik. Ini menyebabkan kaum-kaum lain tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut sekaligus mendorong mereka untuk melakukan sedemikian. 


Hubungan sosial antara kaum jugaa perlu ditingkatkan bagi mengelakkan salah faham antara kaum. Hubungan sosial ini penting supaya masyarakat dapat hidup bersama tanpa berlaku perbalahan. Ini adalah bagi mengelakkan berulangnya peristiwa 13 Mei yang sememangnya kita tidak mahu ianya beruang kembali. Globalisasi semakin menyukarkan keadaan ini kerana pemisahan penempatan bukan sahaja boleh merenggangkan hubungan dan interaksi pelbagai etnik tetapi memperkuatkan lagi perasaan kekitaan & etnosentrisme dalam kalangan anggota yang seterusnya menimbulkan prasangka, streotaip dan mengekalkan kejahilan di kalangan etnik terhadap etnik yg lain.


Noor Nikman Salleh
Date: 10 Disember 2009
Bab 3 Globalisasi Masyarakat - Peringkat Nilai dan Sosial Bab 3 Globalisasi Masyarakat - Peringkat Nilai dan Sosial Reviewed by Noru on 11:39 AM Rating: 5

No comments

Author