Bab 2 Impak Globalisasi - Aspek Kehidupan dan Sosial

GLOBALISASI

BAB 2

IMPAK GLOBALISASI

ASPEK KEHIDUPAN DAN SOSIAL

Globalisasi aliran dan dasar ekonomi mempunyai kesan terhadap sistem sosial dan budaya di dalam negara. Kemasukan budaya barat yang terdiri daripada makanan segera, perlumbaan Formula 1 menerusi program budaya dan sukan di TV melalui satelit. Penggunaan bahasa Inggeris sangat dipromosikan dan ini menjadikan penggunaan bahasa kebangsaan yakni bahasa Malaysia kurang berfungsi dan kandungan budaya keagamaan Bumiputera bagi gaya hidup kita akan digantikan oleh yang asing hanya dengan mengizinkan diri kita sendiri didedahkan kepada maklumat dan pengaruh asing. Kita mungkin boleh menerima gaya berpakaian yang moden dengan syarat tidak melanggar batas syariah iaitu menutup aurat.

Apa yang lebih mengancam ialah pengeksportan nilai bukan Islam ke masyarakat kita terutama sekali di kalangan para belia dan kanak-kanak – hidupan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Kebebasan menzahirkan perasaan seperti berpelukan dan berkucupan di tempat awam, cara hidup yang sangat kebendaan dan individualistik. Nilai yang disebarkan adalah kehidupan bagi yang paling layak, kesombongan hingga kepada tingkah laku lucah apabila cuba mengatasi orang lain, menerima pakai cara hidup berseronok bagi kehidupan, hiburan dan sukan yang menyeronokkan. Kita tiada hak menghalang apa juga yang orang lain ingin lakukan. Nilai dan amalan ini sangat bertentangan dengan cara hidup Islam yang kita terima secara tradisi. Islam mematuhi batasan tingkah laku sosial antara jantina. Islam menganjurkan ketertiban dalam tingkah laku. Jadi kita mempunyai tanggungjawab dari segala hak untuk menyediakan cara hidup alternatif terutama sekali bagi mereka yang mengamalkan tingkah laku yang tidak diingini kerana kejahilan.
Persekitaran budaya adalah faktor penting dalam kehidupan sesiapa sahaja khususnya apabila individu itu masih di peringkat pembentukan pandangan dunia dan set nilainya sendiri. Bagaimana alam persekitaran terbina akan mempengaruhi secara tidak langsung kegiatan kita. Sebagai contoh, jika kita mematuhi secara rutin waktu solat kita dan pembacaan al-Qur’an pada waktu subuh ataupun maghrib, memastikan program hiburan ditutup semasa azan dan pada waktu solat, anak-anak kita akan segera dibentuk untuk mengembangkan tabiat yang sama. Inilah proses penyebaran norma budaya kepada anak kecil kita. Sebaik sahaja tabiat sedemikian diwujudkan di rumah ia menjadi adat bagi mereka untuk melakukan perkara yang sama apabila mereka hidup sendiri. Pada masa yang sama, juga menjadi amalan baik untuk memaklumkan kepada anak kita kemungkinan mereka menemui orang yang tidak mengamalkan norma demikian agar mereka tidak akan terkejut apabila mereka melihat amalan yang berbeza oleh orang yang kelihatan datang dari bangsa dan agama yang sama.

Beralih keluar daripada rumah, kita pada masa ini dapat melihat hakisan persekitaran Islam di tempat awam seperti di gedung membeli belah. Tidak ada apa yang mengejutkan jika kita berada di kawasan awam bukan Islam, tetapi menjadi agak membingungkan sekiranya ia kebanyakannya dalam kawasan awam orang Islam. Sebagai contoh, kita dapati bahawa apabila azan berkumandang dan sudah masuk waktu solat, pemilik kedai makan membenarkan ditayangkan rancangan hiburan TV sekuat-kuatnya. Kurangnya kepekaan mereka kepada yang demikian adalah suatu tanda tidak hormat terhadap agama mereka sendiri. Daripada memperkukuhkan kepatuhan mereka terhadap tradisi Islam, kedai makan dan pemilik kedai ini mempengaruhi pengunjung mereka supaya meninggalkan kesedaran dan penghormatan mereka kepada agama mereka. Lama kelamaan agama tidak lagi akan mempunyai kaitan ke atas cara mereka mengendalikan kehidupan mereka. Hari ini orang hampir mengatakan yang agama adalah hal peribadi dan oleh itu tidak boleh dicampuri secara umum. Ini bertentangan dengan prinsip bahawa Islam ialah suatu cara hidup dan kod penilai perilaku adalah sebahagian daripadanya.

Ini bererti kita memerlukan program, perancangan dan perlaksanaan yang tersusun yang seterusnya bergantung kepada dasar, infrastruktur dana dan agensi kebangsaan untuk menjalankan program ini. Malaysia kini lebih bersedia untuk kaedah pertubuhan dan perlaksanaan program yang lebih tersusun. Jabatan Hal-Ehwal Agama Malaysia boleh memainkan peranan penting untuk membantu wanita melaksanakan peranan mereka yang disemak semula untuk menghadapi cabaran globalisasi. Namun Jabatan Agama memerlukan kepakaran daripada pelbagai bidang untuk membantu mencorak pelan tindakan dan menentukan strategi sesuai untuk pelaksanaan. Mereka yang mempunyai latihan agama boleh menyediakan input Islam manakala pakar boleh menyediakan maklumat teknikal yang diperlukan untuk mencorak dan mengimplementasi program itu. Pelaksanaan program ini mesti diperluaskan ke peringkat akar umbi memandangkan inilah penduduk yang menjadi kelompok besar penduduk Muslim dan keadaan mereka menentukan keseluruhan keadaan sosial ummah. TV dan akhbar akan menjadi saluran komunikasi penting seperti yang kami tunjukkan bahawa kedua-dua media ini digunakan secara meluas oleh rakyat Malaysia. Kita juga sudah meneroka kerjasama dengan pelbagai kumpulan wanita termasuk pihak masjid dan surau.


Noor Nikman Salleh
Date: 10 Disember 2009
Bab 2 Impak Globalisasi - Aspek Kehidupan dan Sosial Bab 2 Impak Globalisasi - Aspek Kehidupan dan Sosial Reviewed by Noru on 11:23 AM Rating: 5

No comments

Author