Bab 2 Impak Globalisasi - Bahasa
GLOBALISASI
BAB 2
IMPAK GLOBALISASI
BAHASA
Noor Nikman Salleh
Date: 10 Disember 2009
BAB 2
IMPAK GLOBALISASI
BAHASA
Globalisasi telah menyebabkan bahasa melayu dipinggirkan dan digantikan dengan bahasa inggeris, ini boleh di buktikan dengan adanya campuran bahasa inggeris dan melayu didalam komunikasi secara lisan. Untuk mengukuhkan lagi keadaan rakyat Malaysia telah di kaburi dengan pelbagai pendapat dimana bahasa inggeris perlu diutamakan.
Tokoh pendidikan negara, Tan Sri Arshad Ayub berkata, penggunaan bahasa Melayu sudah ketinggalan kerana globalisasi yang menyebabkan bahasa Inggeris digunakan secara meluas di negara ini. (Muda Muhammad Noor Jun 15, 07)
Masyarakat Malaysia pada masa sekarang lebih mementingkan Bahasa Inggeris ini kerana ia merupakan Bahasa Ilmu pada masa sekarang. Untuk menuntut pelbagai ilmu keduniaan kita seharusnya menerima impak globalisasi bagi bahasa dinegara kita.
Kesan kenapa Bahasa Inggeris menjadi bahasa Ilmu dunia yang terulung adalah sifat ingin tahu mereka yang tinggi dan cuba untuk mendapat pelbagai ilmu keduniaan. Jika dibandingkan dengan rakyat Malaysia yang malas dan suka mengambil sikap ambil mudah dalam pelbagai hal. Pada pendapat saya, pihak akedemik seharusnya membuat pelbagai kajian secara menyeluruh dari pelbagai hal, ekonomi, sains, pengurusan, kejuruteraan dan cuba untuk mengembangkan ilmu yang telah sedia ada.
Kesan dari pengembangan ilmu disetiap Univerisiti, pihak Universiti seharusnya tidak menyimpan pelbagai ilmu untuk dimakan ulat, tetapi patut berkongsi Maklumat penyelidikan di mata dunia. Dengan ini ia dapat menaikkan martabat bangsa.
Apabila keadaan ini terjadi, Negara kita kaya dengan pelbagai maklumat dari pelbagai aspek, sistem pembelajaran dalam bahasa melayu akan mula dibentuk dan kita tidak lagi menggambil ilmu keduniaan dari barat.
Bahasa melayu pada masa sekarang telah di campur adukkan dengan bahasa inggeris di sebabkan oleh beberapa faktor. Faktor pertama adalah pemikiran rakyat, mereka cuba untuk meningkatkan bahasa inggeris ini kerana ia merupakan bahasa ilmu duinia.
Noor Nikman Salleh
Date: 10 Disember 2009
Bab 2 Impak Globalisasi - Bahasa
Reviewed by Noru
on
11:15 AM
Rating:
No comments