Bab 4 Kesan Positif Globalisasi - Anjakan Globalisasi
GLOBALISASI
BAB 4
KESAN POSITIF GLOBALISASI
ANJAKAN GLOBALISASI
Noor Nikman Salleh
Date: 09 Disember 2009
BAB 4
KESAN POSITIF GLOBALISASI
ANJAKAN GLOBALISASI
Globaliasi telah dikenal pasti sebagai dalang disebalik beberapa anjakan, dengan kebanyakannya bermula dari era Perang Dunia Kedua. Ini merangkumi pergerakan komoditi, mata wang, maklumat dan orang secara lebih kerap di peringkat antarabangsa, serta perkembangan teknologi, organisasi, sistem perundangan, dan infrastruktur yang membenarkan pergerakan ini. Akan tetapi, kewujudan sesetengah anjakan ini diperdebatkan.
Anjakan dari segi ekonomi
- Penambahan perdagangan antarabangsa pada kadar lebih cepat berbanding pertumbuhan ekonomi dunia.
- Penambahan dalam aliran modal antarabangsa termasuk pelaburan langsung asing
- Penubuhan organisasi-organisasi antarabangsa seperti WTO dan OPEC melalui perjanjian.
- Pembangunan sistem kewangan global.
- Peranan organisasi antarabangsa WTO, WIPO dan IMF yang megendalikan urusniaga-urusniaga antarabangsa yang bertambah penting
- Peningkatan amalan-amalan ekonomi seperi penyumberan oleh perbadanan multinasional.
Anjakan dari segi budaya
- Penukaran antara budaya pada peringkat antarabangsa yang lebih kerap,
- Perebakan dan akses yang lebih baik kepada kepelbagaian budaya, misalnya melalui ekspot filem Hollywood dan Bollywood. Akan tetapi, budaya yang diimpot boleh diasimilisasikan kedalam budaya tempatan, dan seterusnya menyebabkan penghibridan. Bentuk yang paling prominen adalah Kebaratan, tetapi Kecinaan budaya juga berlaku.
- Perjalanan dan perlancongan antarabangsa yang semakin bertambah.
- Imigrasi secara sah dan haram yang terus meningkat.
- Perebakan makanan-makanan tempatan seperti pizza, makanan Cina dan makanan India kepada negara lain (sering digubah mengikut cita rasa tempatan)
- Minat sementara dan budaya pop yang sama di seluruh dunia seperti Doraemon, Pokemon, Sudoku, Origami, siri Idol, YouTube, MySpace dan pelbagai lagi yang lain.
- Penggunaan istilah asing yang semakin bertambah. Contohnya perkataan "Amigo" dan "Adios" adalah istilah bahasa Sepanyol yang difahami kebanyakan orang Malaysia. Penduduk Malaysia juga fasih sedikit bahasa Jepun, Korea, dan Hindi tampa mengenali pun bahasanya.
- pembangunan satu infrastruktur telekomunikasi global dan aliran data antara sempadan yang lebih kerap menggunakan teknologi-teknologi seperti sebagai internet, komunikasi satelit-satelit dan telefon-telefon.
- Penambahan standard yang digunapakai di peringkat antarabanga seperti undang-undang hak cipta dan paten
- Pembentukan nilai-nilai universal
- Tekanan untuk menubuhkan satu mahkamah jenayah antarabangsa oleh gerakan-gerakan keadilan antarabangsa (lihat Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa).
- Ia juga dikatakan bahawa keganasan juga telah mengalami globalisasi kerana serangan pengganas masa kini tidak mengira kaitan tempatnya dengan tempat perjuangan mereka sendiri.
Noor Nikman Salleh
Date: 09 Disember 2009
Bab 4 Kesan Positif Globalisasi - Anjakan Globalisasi
Reviewed by Noru
on
11:53 AM
Rating:
No comments