Bab 3 Globalisasi Masyarakat - Peristiwa 13 Mei
GLOBALISASI
BAB 3
CABARAN GLOBALISASI MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
PERISTIWA 13 MEI
Noor Nikman Salleh
Date: 10 Disember 2009
BAB 3
CABARAN GLOBALISASI MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
PERISTIWA 13 MEI
Pertumpahan darah yang berlaku pada masa lampau menyebabkan kerajaan mula sedar akan pentingnya sistem perpaduan bagi semua kaum. Dengan ini kerajaan telah merancang pelbagai program ataupun agenda untuk menyatukan kaum-kaum di Malaysia walaupun mengambil masa dalam jangka panjang.
Peristiwa 13 Mei 1969 terjadi kerana pelbagai faktor:
- Faktor jangka panjang kesan dasar pecah dan perintah British.
- Dasar-dasar pembangunan selepas merdeka belum cukup mantap dalam menangani masalah pembangunan sosioekonomi rakyat dan hubungan etnik.
- Perjalanan kempen pilihan raya yang dipenuhi dengan isu-isu perkauman dan sensitif seperti bahasa, agama dan kedudukan istimewa orang Melayu.
- Ketidakseimbangan dalam ekonomi dan jurang perbezaan yang wujud dalam bidang pendidikan antara orang Melayu dan bukan Melayu menimbulkan rasa tidak puas hati orang Melayu.
Iktibar daripada Peristiwa 13 Mei 1969
- Kerosakan harta benda awam : rusuhan itu tidak mendatangkan faedah kepada semua etnik, malah tragedi itu mengakibatkan banyak nyawa terkorban (kematian: 196 orang dan kecederaan: 493 orang) dan kemusnahan harta benda.
- Perintah berkurung dan pengisytiharan darurat: menyekat kebebasan dan pergerakan semua orang untuk menjalankan urusan, berinteraksi dan berniaga.
- Mencabar kedudukan orang Melayu dalam keadaan orang Melayu belum terjamin dari segi ekonomi akan sia-sia sahaja kerana ia mengundang konflik perkauman berdarah.
Noor Nikman Salleh
Date: 10 Disember 2009
Bab 3 Globalisasi Masyarakat - Peristiwa 13 Mei
Reviewed by Noru
on
11:43 AM
Rating:
No comments