Bab 2 Impak Globalisasi - Ideologi
GLOBALISASI
BAB 2
IMPAK GLOBALISASI
IDEOLOGI
Noor Nikman Salleh
BAB 2
IMPAK GLOBALISASI
IDEOLOGI
Ideologi merupakan sistem kepercayaan yang menjadi asas kepada tingkah laku seseorang. Pada lazimnya ia merujuk kepada set kepercayaan yang menggerakkan suatu pergerakkan politik dan sosial.
Secara umum di dunia ini ada 3 perkara yang dipegang oleh barat dan timur.
a) Manusia Kepada Tuhan (timur)
b) Manusia Kepada Alam
c) Manusia Kepada Manusia (barat)
Menurut beberapa tanggapan masyarakat, masyarakat Asia suka melihat atau memerhati dan orang barat suka mambaca. Ada juga orang menyatakan bahawa kehidupan dibarat jauh lebih hebat dari sini. Selain daripada itu, terdapat banyak ideologi barat di Malaysia dan masyaratkat tempatan mudah terpengaruh dengan budaya barat dan cara berpakaian, ringkah laku dan sebagainya. Akan tetapi rakyat malaysia tidak sedar akan apa yang berlaku di dunia dan mereka melihat secara luaran sahaja.
Apa yang hendak saya katakan diatas merupakan mereka lebih pendai berbanding dengan orang asia. Ini boleh dibuktikan dengan sifat ingin tahu mereka dan mempunyai daya permikiran kreatif dan innovatif yang tinggi. Orang Malaysia cepat terpengaruh dengan jenama dari barat sebab cara pemasaran mereka adalah jauh lebih maju berbanding dengan Malaysia. Mereka juga mengutamakan pemberian barangan berkualiti kepada pelanggan jika berbanding dengan barangan buatan Malaysia yang tidak menarik dari segi bungkusan.
Untuk maju Malaysia patut mengubah sistem pemikiran rakyat dan cuba untuk membentuk rakyat Malaysia yang berfikiran terbuka. Kerajaan Malaysia tidak seharusnya menyekat daya pemikiran rakyat kerana keadaan ini menyebabkan memberi kesan yang negatif kepada pemikiran rakyat. Menurut beberapa kajian psikologi kesan negatif akan membawa kepada negatif.
Akan tetapi globalisasi yang berlaku di Malaysia ini telah menjadi semakin teruk dimana hampir semua orang cuba membantah ia membawa kepada kesan buruk dan tiada siapa yang cuba untuk menangani masalah ini. Mereka hanya pandai membantah akan tetapi tidak pandai dalam memberi jalan penyelesaian.
Kebanyakan mereka membuka hampir semua hadis untuk menghalalkan bantahan tetapi tidak disertakan dengan jalan penyelesaian. Cara yang baik bukanlan untuk boikot globalisasi yang datang dari barat. Akan tetapi cuba belajar dari mereka dan cuba untuk mengembangkan segala ilmu yang ada. Orang Malaysia pada masa sekarang ini lebih mementingkan diri sendiri dan tidak mahu berkongsi kepakaran, maklumat yang ada di dunia.
Pegangan barat iaitu Manusia kepada Manusia telah menyebabkan mereka berkambang dengan cepat berbanding dengan Malaysia, dengan pegangan ini mereka akan cuba untuk memajukan sistem kehidupan manusia dari semasa ke semasa dan dari peringkat ke peringkat sehinggalah ke zaman ledakan teknologi yang berlaku pada masa sekarang. Dengan adanya sifat-sifat ini mereka mengabaikan akhlak dan lebih mengutamakan kemajuan. Akan tetapi perkembangan pesat ini memberi impak kepada dunia pada masa sekarang bersertakan dengan igo mereka dengan kemajuan yang mereka kecapi pada masa sekarang. Sifat ego dan taksuf mereka terhadap teknologi menyebabkan dunia berkembang dengan cepat.
Noor Nikman Salleh
Bab 2 Impak Globalisasi - Ideologi
Reviewed by Noru
on
11:20 AM
Rating:
No comments