Bab 2 Impak Globalisasi - Seni dan Kebudayaan

GLOBALISASI

BAB 2

IMPAK GLOBALISASI

SENI DAN KEBUDAYAAN


Kebudayaan merupakan cara hidup seharian manusia dalam sesebuah masyarakat atau organisasi. Pada zaman dahulu manusia dalam sesebuah masyarakat itu sanggup berperang kerana mempertahankan budaya hidup mereka yang dicemar atau dicerobohi oleh pihak lain. Bagaimana pun cara hidup manusia hari ini sudah banyak berubah dan menuju globalisasi.

Arus globalisasi tanpa sempadan mengakibatkan pengaruh global meresap masuk terus ke dalam jiwa dan pemikiran generasi muda sekarang yang lebih memandang dan mengagongkan budaya barat sebagai ‘trend’ masa kini. Ia mengkibatkan generasi muda mudah tersasat dan tergilicir dari landasan identiti budaya ketimuran yang selama ini menjadi kebanggaan Malaysia yang bebilang kuam dan etnik. Kesenian dan kebudayaan merupakan salah satu sumber ekonomi Negara dalam sektor perlancongan, malah kebanyakkan pelancong datangnya dari eropah ataupun barat kerana terpesona dengan keindahan warisan budaya dan kesenian yang ada di Malaysia.

Sember Berita Harian 12 April 2007 menyatakan bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu wajah, jiwa dan semangat bangsa yang dipertahankan selama ini bukan saja dapat diwariskan kepada generasi akan datang, malah menjadi pencetus bagi mencapai kejayaan lebih besar berasaskan identiti dan acuan kita sendiri sendiri. Kata beliua sewaktu merasmikan kampus Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) di Kuala Lumpur, keperluan itu haruslah sejajar pembangunan modal insan yang bukan setakat membekal pelbagai ilmu seperti sains dan teknologi kepada rakyat tetapi ke arah melambangkan satu bangsa maju dan memiliki seni budaya yang cantik, halus dan utuh.

Kita tidak perlu berasa malu dan curiga mempertahan keunikan dan kelebihan seni budaya bangsa sendiri meskipun kita mahu pergi jauh dalam bidang ekonomi dan material. Kelebihan yang kita ada ini harus dipertahankan dan saling hormat-menghormati sesama kaum, bukannya mencabar atau mengundang sensitiviti kaum lain sehingga mahu merubah apa yang dinikmati dan dihayati selama ini.

Jika masyarakat negara ini abaikan persoalan seni budaya, bangsa Malaysia akan hilang identiti seperti kebanyakan negara lain yang tidak ada arah haluan mahupun citra bangsa mereka. Kita boleh lihat banyak negara termasuk negara jiran kita yang masyarakatnya hilang identiti, teraba-raba dalam kegelapan di sebalik sinar kemewahan kehidupan sebagai negara maju.

Pelbagai pandangan, teori dan hujah dangkal sering diberikan atas alasan sejagat, liberalisasi, globalisasi mahupun demokrasi, sedangkan hakikatnya mereka ada agenda mahu memusnahkan apa yang kita banggakan selama ini. Sikap prejudis terhadap kesenian dan kebudayaan bangsa Malaysia menyebabkan ada pihak bagaikan tidak senang, malah ada yang cuba mencari jalan supaya Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 dihapuskan.

Rupa bangsa Malaysia berteraskan kaum Melayu, Cina dan India serta banyak lagi sub-etnik lain yang ada keunikan itu harus diintegrasikan dengan mengekalkan ciri dan kelas budaya berasaskan Nusantara yang sesuai dijadikan warisan generasi baru dan akan datang. Jika dihilangkan seni, maka hilanglah budaya dan kita kelak menjadi bangsa keliru dan kucar-kacir tamadunnya. Jika tidak ada jati diri, bangsa Malaysia boleh hanyut dan menjadi pak turut kepada budaya asing bobrok, yang ketika ini sedang menyerap sedikit demi sedikit.

Kita lihat sendiri mengapa masyarakat Barat yang cintakan seni budaya sebaliknya pula menyukai suasana jati diri dan kebudayaan orang Asia kerana orang Asia termasuk Malaysia masih ada keunikan seni budayanya yang bersifat eksotik, spiritual, unik dan bukan sengaja diada-adakan.

Bangsa Malaysia harus terus berusaha menerapkan nilai murni dan semangat akal budi untuk memulihara aset berharga yang kita miliki, sebab inilah kelebihan yang kita ada. Keperibadian bangsa kita akan terus dihormati orang lain selagi bangsa kita sendiri menghormati dan memuliharanya terlebih dulu.

Kita harus membangkitkan jiwa seni budaya bangsa sendiri. Kita kena bangga dengan keunikan yang kita miliki kerana kita mempunyai bangsa yang ada kekuatan jati diri dan rohani. Kita harus berhati-hati dengan anasir yang sengaja meremehkan keperibadian kita. Marilah kita memanfaatkan seni budaya yang menjadi warisan kita sekarang sebagai benteng memperkukuhkan lagi benteng nasionalisme dan patriotisme kita.

Nilai apresiasi terhadap seni budaya akan menjadi lebih utuh jika pendidikan berkaitan kesenian dan kebudayaan diterapkan dalam sistem pendidikan sekolah rendah. Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan serta Kementerian Pelajaran harus merangka pelan ke arah matlamat ini. Kita seperti membiarkan kelompangan kerana pendidikan seni budaya sekadar menjadi kurikulum di peringkat pengajian tinggi sedangkan jiwa anak bangsa yang sedang mengenal alam sekeliling ketika berada di alam persekolahan dibiarkan kosong, lalu mudahlah anasir budaya songsang dan negatif singgah di sanubari mereka. Maka meledaklah seni budaya haru-biru dalam masyarakat dan remaja kita. Jika tidak dibentuk kurikulum seni budaya di sekolah rendah lagi, selagi itulah kita tidak akan berjaya membawa generasi kita menjadi pencinta seni budaya yang tulen, sebaliknya mereka lebih cintakan budaya pop dan seni picisan.


Noor Nikman Salleh
Date: 10 Disember 2009
Bab 2 Impak Globalisasi - Seni dan Kebudayaan Bab 2 Impak Globalisasi - Seni dan Kebudayaan Reviewed by Noru on 11:17 AM Rating: 5

1 comment

Author