Bab 2 Impak Globalisasi - Politik

GLOBALISASI

BAB 2

IMPAK GLOBALISASI

POLITIK

Politik merupakan agenda yang sering mendapat perhatian media massa dalam menyampaikan berita kepada segenap pelusuk masyarakat di Malaysia. Ditambah pulak dengan isu perkauman yang sengaja dibangkit oleh sesetengah pihak untuk mengucar-kacirkan keharmonian kaum di malaysia yang selama ini terpelihara semata-mata untuk mendapat sokongan rakyat.

Impak menerusi gelombang globalisasi yang semakin mendesak dalam segala ruang lingkup menyebabkan ia sedikit sebanyak mempengaruhi politik di Malaysia. Globalisasi politik juga telah tersebar luas ke seluruh dunia dengan kehebatan penawaran ilmu dan teknologi komunikasi yang mampu menyebarluaskan segala maklumat. Untuk itu, kita perlu menghadapi cabaran penyebaran idea-idea dan fahaman politik yang salah seperti demokrasi ala Barat, pluralisme dan hak-hak asasi manusia.

Yang nyatanya, wacana tentang idea-idea tersebut perlu dipertingkatkan. Sebilangan intelektual Muslim yang menetap di Barat menegaskan bahawa demokrasi bukanlah sistem yang ideal tetapi mereka juga berpendapat bahawa dalam konteks zaman ini ia merupakan yang terbaik untuk manusia. Apa pun pandangan kita tentang demokrasi, isu ini perlu ditangani dalam suasana bebas dan tenang. Kita yakin boleh diwujudkan sistem demokrasi yang lebih baik lagi dan yang serasi pula dengan ajaran Islam. Begitu juga dengan isu pluralisme dalam pengertiannya yang luas, termasuklah pluralisme keagamaan, kebudayaan dan kepercayaan politik.

Dari sudut pandangan yang tulin, seperti yang disentuh sebelum ini, identifikasi kaum akan dapat dikikis dalam parti yang benar-benar bukan berasaskan perkauman. Dalam konteks Malaysia, semua orang akan menganggap dirinya orang Malaysia, dan bukannya orang Cina, Melayu, India, Kadazandusun, Iban dan lain-lain. Inilah yang dikehendaki dalam konsep Bangsa Malaysia. Dimensi psikologi dalam pembangunan nasional ini diterangkan dalam Wawasan 2020 yang menjelaskan sembilan cabaran utama bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Noor Nikman Salleh
Date: 10 Disember 2009
Bab 2 Impak Globalisasi - Politik Bab 2 Impak Globalisasi - Politik Reviewed by Noru on 11:22 AM Rating: 5

No comments

Author